Tanah Rata, 2.1.2019: Macam mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
boleh benarkan calon Pakatan Harapan (PH) masuk ke dalam kawasan tempat
pembuangan undi di SK Senderut dengan memakai baju berlambang logo parti?
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr
Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan tersebut ekoran ia jelas
bertentangan dengan peraturan SPR sendiri dan telah melakukan kesalahan.
“Sudah banyak kesalahan-kesalahan pilihan
raya yang telah dilaporkan sepanjang PRK Cameron Highlands ini tapi tampak seolah
SPR membisu dan membutakan mata,” katanya menerusi kenyataan dalam laman
facebooknya.
Sehubungan itu beliau berharap agar ke
salahkn tersebut dapat ditularkan dan dikongsi agar SPR mengambil tindakan atas
desakan kuasa rakyat.
Calon PH PRK Cameron Highlands, M.
Manogaran dilihat diiringi petugas SPR berada dalam kawasan mengundi dan
berpakaian baju yang mempunyai lambang PH.
Mengikut peraturan SPR dalam lingkungan 50
meter daripada pusat membuang undi tidak dibenarkan, dilarang memakai pakaian
yang berlogo parti bertanding.
Bagi kesalahan ini hukuman penjara setahun
atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 menetapkan:
Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihanraya
1954.
Batasan pada hari mengundi:
Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi dalam
jarak lima puluh (50) meter daripada sempadan mana-mana tempat mengundi dan
dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis
pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya
tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti
politik.
Sumber.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor