Pages

Saturday, January 26, 2019

BN MENANG BESAR DI PRK CAMERON HIGHLANDS





Cameron Highlands, 26.1.2019: : Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Ramli Mohd Nor mencatat sejarah menjadi wakil Orang Asli pertama di Dewan Rakyat.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bekas pegawai kanan polis itu mendapat 12,038 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada Pakatan Harapan, M Manogaran yang memperolehi 8,800 undi, manakala 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 undi serta 276 undi.


Majoriti 3,238 undi yang diperolehi BN hari ini adalah yang tertinggi sejak pilihan raya umum pada 2008, 2013 dan 2018, iaitu 3,117 undi, 462 undi dan 597 undi.


Ini juga adalah kekalahan ke-3 berturut-turut Manogaran di Cameron Highlands sejak pilihan raya umum ke-13 (PRU13).





No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor