Pages

Saturday, January 26, 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS : MB PAHANG SELESAI MENGUNDI




KUALA LIPIS. 26.1.2019 : Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada kira-kira pukul 8.50 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gahai di sini, hari ini.


Wan Rosdy yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai tiba pukul 8.40 pagi, mengundi bersama isterinya Datin Seri Burhah Mohammed di saluran satu.


Ketika ditemui selepas pengundian, Wan Rosdy berharap cuaca yang baik akan membolehkan ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab kepada negara.


“Saya harap pengundi buatlah pilihan yang bijak memilih calon kerana negara kita mengamalkan demokrasi. Apa sahaja keputusan malam ini kami terima dengan hati terbuka,” katanya.


Sementara itu, calon Bebas Sallehudin Ab Talib mengundi di saluran dua di SK Sungai Koyan 1 pada 8.20 pagi.


“Saya terima apa-apa keputusan dan kalau kalah saya tetap akan teruskan khidmat bantu rakyat di sini,” katanya.


Pengundian PRK Cameron Highlands pada hari ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), M.Manogaran, Calon Barisan Nasional (BN) diwakili Ramli Mohd Nor manakala dua calon Bebas, Sallehudin dan Wong Seng Yee.


PRK Parlimen Cameron Highlands berlangsung selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.


Sumber:

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor