Pages

Wednesday, December 26, 2018

TIGA PENUMPANG PROTON SAGA MAUT DALAM KEMALANGAN BERHAMPIRAN ROMPIN




Kuantan, 26.12.2018 : Dalam kemalangan kira-kira pukul 11.50 malam tadi, kenderaan Proton Saga yang dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah bas ekspres berhampiran Rompin.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Azly Mohd. Noor berkata, kejadian berpunca daripada kereta Proton Saga yang masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan bas ekspres terbabit.
Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu ialah Rosli Mat Daud, 38, Rakiah Mat, 64, dan Aidil Ashraff Rizuan, 5 tahun.


Dalam kemalangan di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Johor Bahru  itu, pemandu kereta, Rizuan Mat Daud, 34, cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan manakala pemandu bas ekspres, Mat Yah Deraman, 50, dan 49 penumpang tidak cedera.



Azly berkata, siasatan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor