Pages

Thursday, December 27, 2018

PRESIDEN JMM, DATUK AZWANDDIN HAMZAH DITAHAN POLIS




Kuala Lumpur, 27.12.2018 : Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah ditahan polis semalam berikutan  ucapannya di Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P Waytha Moorthy di Klang telah mengeluarkan kenyataan berbau ugutan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Azwanddin ditahan di Kompleks Keramat Mall, Jalan Keramat di sini kira-kira pukul 2.40 petang.


"Sehubungan itu, permohonan akan dibuat ke atasnya di Mahkamah Klang pada pukul 9 pagi esok (pagi ini) ," katanya dalam satu kenyataan. 


Tambah Fadzil, Azwanddin juga akan di siasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat penghinaan ke atas individu.


Utusan Online melaporkan, Azwanddin memberitahu beliau akan menyerang Balai Polis Klang jika pihak yang menyebabkan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim tidak ditangkap. 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor