Pages

Wednesday, December 26, 2018

GUAN ENG TERPAKSA AKUR DESAKAN NAJIB UNTUK TURUNKAN HARGA PETROL




Kuantan, 26.12.2018 - Tindakan Datuk Seri Najib Razak mendesak kerajaan menurunkan harga petrol berikutan penurunan harga minyak akhirnya terpaksa diterima kerajaan.


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak  berkata  kerajaan mengenalkan harga RON95 pada RM2.20 sedangkan harga minyak mentah dunia menunjukkan trend menurun. Berdasarkan data terbaru hari ini, harga purata MOPS (Means of Platts) untuk petrol RON95 telah jatuh kepada AUD$0.519 satu liter pada akhir minggu lepas berbanding AUD$0.538 untuk minggu sebelum itu.


Jelas Najib, mengikut sistem mekanisme harga automatik (APM) seperti dilaksanakan oleh BN, harga RON95 sekarang sepatutnya RM1.86 satu liter.


“Ini juga bermakna rakyat sedang memberi subsidi minyak sebanyak 34 sen untuk setiap liter kepada kerajaan PH sempena cuti sekolah dan musim perayaan kini,” katanya di facebook.


Menteri Kewangan kemudiannya mengumumkan harga runcit produk petroleum, termasuk RON95, dijangka turun mulai 1 Januari ini sekiranya trend penurunan harga minyak dunia berterusan. Ini berikutan kaedah penetapan harga secara bulanan akan digantikan dengan penetapan harga secara mingguan dalam keadaan harga minyak dunia mengalami penurunan.


“Tetapi Menteri Kewangan kita masih malu untuk mengaku agar senang untuk senyap-senyap tibai. Selamat bercuti!” kata Najib dalam satu hantaran di Facebook.


Sebelum ini beberapa pihak termasuk pemimpin kerajaan iaitu bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mahu kerajaan menyemak harga petrol secara mingguan, sekali gus membolehkan harga RON95 turun sebanyak 20 sen seiring dengan kejatuhan harga minyak dunia.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor