Pages

Tuesday, January 9, 2018

"U-TURN, KLU-KLEK" DAN "KURANG CERDIK"


Uturn


Kota Bharu - ‘U-turn, klu-klek dan kurang cerdik’. Pas berpendapat semua perkataan ini menggambarkan keputusan Pakatan Harapan yang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara jika pakatan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan tersebut menunjukkan pakatan yang diketuai DAP itu tidak mempunyai calon berwibawa untuk memimpin negara.

Malah katanya, Dr. Mahathir bukanlah calon yang ‘kuat’ untuk menewaskan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, beliau berkata, kehebatan Dr. Mahathir dalam berpolitik terbukti apabila dalam masa dua tahun puak yang sebelum ini menentangnya kini telah mengangkatnya sebagai Perdana Menteri.

“U-turn, klu klek, tidak cerdik, saya kata semua itu boleh guna belaka, sebab mereka ini berjuang sejak 1999 lagi nak jatuhkan Dr. Mahathir tiba-tiba dalam masa dua tahun mereka boleh terima dia sebagai Perdana Menteri sementara walaupun kononnya atas kertas sahaja.

“Mereka selama 20 tahun ini berlawan nak jatuhkan Dr. Mahathir kerana isu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tiba-tiba angkat dia sebagai calon, maknanya ‘hebatlah’ politik Dr. Mahathir,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kelantan 2018 di sini semalam.

Program itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor