Pages

Tuesday, January 2, 2018

[LIPIS] JAWAPAN ISU JAMBATAN GANTUNG





Satu kilp video telah dimuatnaik ke laman facebook menunjukkan seorang bapa dan anaknya yang ingin ke sekolah menyeberangi jembatan gantung yang musnah akibat banjir terdahulu di Bukit Betong, Lipis.

Apa yang mendukacitakan adalah kenapakah bapa kanak-kanak itu sanggup membahayakan anaknya sendiri dengan membawanya menyeberangi jambatan berkenaan walaupun menyedari bahaya yang bakal dihadapi.

Jambatan berkenaan bukanlah satu-satunya laluan untuk ke sekolah kerana masih ada jalan darat yang boleh dilalui.

Mungkin jalan darat berkenaan agak jauh bagi keluarga berkenaan menuju destinasinya, namun kami difahamkan juga ada disediakan perkhidmatan bot bagi tujuan menyeberang.

Jambatan gantong berkenaan adalah laluan alternatif kepada jambatan utama yang telah runtuh akibat banjir 2014 lalu.

Untuk makluman, jambatan baharu menggantikan jambatan yang runtuh itu telahpun dibina namun runtuh sekali lagi berkemungkinan kerana struktur dan tapak lokasinya yang lemah.

Pihak kerajaan telahpun mengeluarkan satu tender bagi membina semula namun ianya tidak dapat disiapkan sebelum banjir sekali lagi melanda.

YB Adun Jelai telahpun menemui keluarga berkenaan untuk memberi penjelasan dan isu berkenaan dianggap selesai dan keluarga terbabit juga membuat permohonan maaf diatas salah faham yang berlaku itu. 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor