Pages

Thursday, January 4, 2018

KUANTAN: PENGURUSAN BANJIR DI PAHANG MEMUASKAN



Mangsa-mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir berada dalam keadaan selesa dengan sistem kubikal yang disediakan.

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin yang melakukan tinjauan di pusat-pusat pemindahan banjir  sekitar Bandar Indera Mahkota berpuas hati kerana agensi yang menguruskan mangsa-mangsa pemindahan banjir sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.

“Sistem kubikal yang menempatkan paling ramai 5 orang untuk setiap kubikal sangat selesa untuk mereka. Walaupun kita harap banjir cepat lega supaya mereka dapat pulang ke rumah masing-masing, kita tidak bimbang dengan keadaan keselamatan mereka di sini.”

“Saya rasa pusat-pusat pemindahan banjir yang lain. Pihak jabatan yang berkaitan cuba memberi keselesaan dengan kebersihan terutama wanita yang hendak menukar pakaian serta solat boleh dilakukan dalam kubikal dengan selesa ” kata beliau.

Dalam tinjauan di Pusat Pemindahan Banjir Wisma  Belia,  pentadbiran diuruskan oleh Majlis Perbandaran Kuantan dan kerja memasak dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia serta dibantu oleh mangsa-mangsa banjir serta sukarelan dari pelbagai agensi kerajaan dan NGO.

        

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor