Banjir di Pahang semakin buruk dengan kenaikan paras air di
sungai-sungai utama.
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang pada pukul 8
pagi tadi meningkat kepada 1,832 orang berbanding 1,241 orang semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal
Yusoff berkata, jumlah tersebut melibatkan daerah Kuantan dan Rompin dengan
keseluruhan sebanyak 530 keluarga dipindahkan.
Sebanyak 19 pusat
pemindahan sementara dibuka iaitu 12 di daerah Kuantan dan 7 di Rompin.
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut
diaktifkan pada jam 1200 tengahari, sementara Bandar Pekan diletakkan dalam
keadaan berjaga-jaga berikutan paras air Sungai Pahang semakin meningkat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor