Bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 2,710 mangsa daripada 761 keluarga yang ditempatkan di 24 pusat pemindahan sehingga jam 12 tengahari berbanding 1,884 mangsa dari 499 keluarga yang dicatatkan pada jam 8 pagi tadi.
Berdasarkan info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat ini tiga daerah terjejas iaitu Kuantan dengan 2007 mangsa daripada 576 keluarga dipindahkan ke 14 pusat pemindahan diikuti Rompin, 633 mangsa daripada 168 keluarga yang kini berada di sembilan pusat pemindahan.
Turut terjejas beberapa kawasan di daerah Pekan apabila 70 mangsa daripada 17 keluarga dari empat buah kampung kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya, Nenasi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor