Pages

Monday, January 8, 2018

BONUS PENJAWAT AWAM, PESARA HARI INI - NAJIB




Kuala Lumpur : Datuk Seri Najib Razak berkata, 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara kerajaan akan menerima manfaat bonus seperti diumumkan pada Bajet 2018, hari ini.

Perdana Menteri berkata ia membabitkan bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara.

"Insya-Allah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari.

"Moga dapat dimanfaatkan," katanya di Twitter rasminya, sebentar tadi.

Najib mengumumkan berita gembira itu pada Bajet 2018, bertemakan 'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, 27 Oktober lalu.

Najib mengumumkan, bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 akan dibayar pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.

Sementara itu, pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor