Bagi penduduk Orang Asli yang tinggal di sekitar daerah Bentong berumur 16 tahun ke atas bagi yang masih belum memiliki lesen motosikal kini boleh membuat pendaftaran dengan bayaran RM200 sahaja di bawah Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Khas Orang Asli Parlimen Bentong 2018.
Program ini akan bermula Sabtu ini iaitu 6 Januari, yang boleh melakukan pendaftaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Karak serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Telemong bermula pada jam lapan pagi atau jika ingin mendaftar awal, mereka boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat JPJ Bentong dan JPJ Karak.
Penolong Penyelaras Program SKSJ Khas Parlimen Bentong, Imza Adeli berkata, promosi ini hanya akan berlangsung pada hari Sabtu sahaja dan membuka peluang masyarakat Orang Asli memiliki lesen motosikal sendiri.
Menurutnya, golongan belia Orang Asli boleh merebut peluang ini agar mereka boleh menunggang motosikal mengikut undang-undang.
“Memahami keperluan masyarakat orang Asli di sini, pihak kami tawarkan promosi dengan bayaran RM180 agar mereka boleh memperoleh lesen masing-masing. Pada asalnya kita buat pada 30 Oktober tahun lalu terbuka kepada semua masyarakat tetapi kini kita memberi peluang semula kepada penduduk di daerah ini untuk memiliki lesen dengan harga serendah RM180.
“Sebelum ini peserta perlu membayar RM 200 tetapi istimewa buat penduduk orang Asli Parlimen Bentong dan juga sempena tahun baharu. Walaupun masing-masing sudah cekap menunggang motosikal, mereka perlu ada lesen kerana jika ada apa-apa yang berlaku, sekurang-kurangnya mereka masih boleh tuntut insurans,” katanya.
Di samping itu juga, Imza menegaskan kepentingan memiliki lesen motosikal dan lesen-lesen kenderaan yang lain untuk penduduk di daerah Bentong ini.
“Saya harap pada mereka yang layak buat permohonan hadir pada Sabtu ini dan mendaftar kerana harga yang ditawarkan sangat murah untuk kita beri peluang kepada orang Asli yang belum ada lesen untuk memiliki lesen motosikal,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor