Pages

Wednesday, November 29, 2017

[MARAN] PERUNTUKAN RM700,000 BAIKI RUMAH TAHUN INI


Peruntukan RM700,000 baiki rumah tahun ini


Sebanyak RM700,000 dibelanjakan bagi membaiki rumah di sekitar kawasan Parlimen Maran, tahun ini.

Ahli Parlimen Maran, Dato' Sri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, ia membabitkan kerja menukar atap, dinding, membaiki rumah lama dan usang serta lain-lain perkara dalam usaha meningkatkan tahap penghidupan rakyat dan keselesaan kepada komuniti.

Menurutnya, tahun lepas, RM600,000 dibelanjakan bagi projek tersebut yang sebahagian besarnya membabitkan rumah di luar bandar dan kampung-kampung lama.

"Tahun ini 300 projek kecil, sederhana dan lain-lain prasarana dengan peruntukan lebih RM355,000 diluluskan.

"Peruntukan terdebut adalah peruntukan khas yang saya beri kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), NGO, jabatan kerajaan, sekolah, persatuan ibu tunggal dan lain-lain.

"Peruntukan ini termasuk dalam peruntukan khas yang saya berikan setiap tahun. Bukan apa yang mereka yang saya sebutkan tadi minta. Yang minta itu hal lain. Yang ini, memang saya bagi setiap tahun di bawah Pejabat Parlimen Maran," katanya.

Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan kepada JKKK, NGO, Badan Agama, Politik, PIBG, sekolah, persatuan ibu tunggal dan jabatan kerajaan sekitar Parlimen Maran di Arena YAM Tengku Mahkota Pahang, di sini.

Ketua Umno Bahagian Maran itu berkata, peruntukan yang diluluskan itu adalah peruntukan Ahli Parlimen yang diberikan setiap masa sebagai sumber atau dana tambahan untuk menjalankan program dan aktiviti.

Ia katanya termasuk projek pendidikan, agama, ekonomi, belia, riadah dab sosial.

Ismail berkata, kerajaan akan terus melaksanakan projek-projek kecil dan lain lain projek bagi kepentingan komuniti tempatan supaya segala kemudahan itu dapat digunakan setiap masa termasuk masyarakat Orang Asli, malah kerajaan tidak pilih kasih di dalam melaksanakannya.

Beliau berkata, kerajaan mempunyai perancangan rapi bagi pembangunan daerah ini termasuk projek besar yang dirancang dan sedang dijalankan tanpa meminggirkan lain-lain projek kecil.

Ismail memberikan jaminan, badan yang tidak mendapat peruntukan itu (Parlimen) akan diberikan peruntukan sama dan mana mana yang tercicir daripada senarai akan turut diberikan bantuan supaya segala program dan aktiviti dapat dilaksanakan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor