Seorang bakal pengantin mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali bagi melangsungkan pernikahan dengan tunangnya akhir Disember ini.
Julia Ernie Jamaludin, 31, berkata, usaha mencari Jamaludin Talib, 55, menemui jalan buntu sejak bapanya itu menghilangkan diri tujuh tahun lalu.
“Ayah berasal dari sini (Felda Bukit Kepayang) dan merupakan anak peneroka. Dia dah kahwin beberapa kali menyebabkan dia sering berpindah-randah.
“Saya juga dah periksa status ayah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dan disahkan ayah masih hidup dan alamat terakhir ialah di Pekan, Pahang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Menurutnya, usaha menjejaki sudah puas dilakukan dengan bertanya kepada saudara-mara, adik-beradik selain bekas rakan-rakan bapanya di beberapa lokasi di mana Jamaludin dipercayai pernah menetap sebelum ini.
Julia Ernie memberitahu, sebelum ini, adik tirinya (berlainan ibu) turut berusaha menjejaki bapa mereka menerusi akhbar namun gagal.
“Kalau ayah baca Sinar Harian, harap dapat hubungi saya di talian 011-39112527, bagi memudahkan urusan perkahwinan saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor