Dato' Sri Najib Razak sekali lagi mengingatkan orang ramai bahawa barang keperluan asas seperti minyak masak, gula, garam tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Perdana Menteri, berkata barangan lain yang tidak dikenakan GST termasuk beras, tepung, roti.
"Tahun ini #Bajet2018 pula saya umum semua jenis bahan bacaan GST sifar. Barangan yang dikenakan GST, hasilnya pula kerajaan pulangkan semua kepada rakyat," katanya di laman Twitter rasminya, malam tadi.
Najib berkata, perkara lain yang diberi pelepasan GST dalam pembentangan bajet pada 27 Oktober lalu adalah perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan majalah dan komik.
Selain itu, import industri minyak dan gas; import barangan 'big ticket' seperti kapal dan kapal terbang, struktur terapung serta pelantar minyak juga diberikan pelepasan GST.
Sementara itu, pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kediaman berstrata yang dibekalkan pemaju perumahan, pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat hasil sumbangan derma yang diluluskan untuk kontrak pembinaan bermula 1 April lalu, turut tidak dikenakan GST.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor