Kota Kinabalu - Mahkamah Majistret di sini semalam mengeluarkan perintah reman lima hari terhadap Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony, 46, dan ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52, bagi membantu siasatan penyelewengan dana kerajaan antara tahun 2009 hingga 2015.
Majistret Stephanie Sherron Abbie mengeluarkan perintah tersebut di dalam kamar hakim kira-kira pukul 3 petang.
Ketika prosiding Anthony diwakili barisan peguan, Martin Tommy, Loretto Padua Jr dan Cedric Choo manakala Sin Kong diwakili peguam Edward Paul.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd. Faliq Basirudin mewakili pihak pendakwaan.
Peter dan Sin Kong ditahan di pejabat SPRM semalam bagi membantu siasatan kes tersebut di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor