"Pihak Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia (KPWKM) menyeru segenap lapisan masyarakat terutama Ahli Parlimen,ADUN dan kepimpinan masyarakat membantu mengenalpasti dan mendaftar golongan yang layak bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat " .
"OKU dan orang tua yang sebatang kara adalah antara golongan sasar melalui Program Cari Dan Bantu.Kerajaan menyediakan dua puluh lima keistimewaan khas bagi mereka yang mendaftar", ujar YB Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga YB Dato Sri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata sedemikian ketika di temui selepas melancarkan Program #Negaraku Keluarga Bahagia KPWKM Peringkat Negeri Pahang di Temerloh.
Terdahulu dalam ucapan alu aluan YB Dato' Shahaniza Shamsuddin berkata "Kerajaan Negeri Pahang amat berterima kasih kepada YB Menteri kerana prihatin kepada kaum wanita di Negeri Pahang".
Di dalam satu mesyuarat yang saya hadiri bersama YB Menteri beliau bertanya
"Pahang nak apa? Baiklah ,saya luluskan sebuah bas baru untuk yang dikenali sebagai Mobile Clinic LLPKN untuk kegunaan Lppkn Pahang.
Mengulas mengenai laporan berita tentang seorang kanak kanak di Kuantan yang dipercayai di dera dengan diikat menggunakan rantai di tong gas oleh keluarganya, kementerian sedang memantau perkembangan kes tersebut.
Buat masa ini kanak kanak tersebut dalam kedaan selamat dibawah pengawasan dan rawatan pihak hospital dan pihak KPWKM masih menunggu siaasatan lengkap PDRM sebelum mengambil tindakan susulan.
Untuk makluman kanak kanak tersebut adalah penerima bantuan JKM sejak beberapa tahun yang lalu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor