Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan bin Yaakob menasihati golongan remaja hari ini yang dianggap “Harapan Bangsa dan Tiang Negara” untuk berfikiran kritikal dan rational tetapi tidak beremosi.
“Di zaman media sosial mempengaruhi masyarakat, golongan
remaja harus menilai segala yang diterima dengan kritikal tanpa terus
mempercayainya untuk terus berdemo di jalan-jalan tanpa berfikir terlebih
dahulu.”
“Kerajaan pun ada kelemahannya dan remaja boleh menyampaikan
pandangan dan kritikan mereka melalui saluran seperti Majlis Perwakilan Pelajar dan
seterusnya menghantar memorandum kepada pemimpin negara,” kata beliau.
Menteri Besar Pahang berkata demikian di Majlis Perasmian
Jelajah Milenia Negeri Pahang di Universiti Malaysia Pahang.
Menurut beliau lagi, sebelum memberi sumbangan kepada
negara, pelajar-pelajar remaja harus menyumbangkan diri mereka dengan
kecerlangan dalam akademik dan kemahiran. Dan hadiahkan keputusan pendidikan
terbaik kepada keluarga mereka.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor