Pages

Thursday, February 2, 2017

WARGA EMAS 89 TAHUN PAKAR BEDAH TERTUA


Warga Emas 89 Tahun Pakar Bedah Tertua


Meskipun telah mencecah usia emas, seorang pakar bedah dari Rusia yang berusia 89 tahun masih menyumbangkan kepakarannya di sebuah hospital di negara itu.

Alla Illyinichna Levushkina yang memiliki ketinggian 143 sentimeter (cm) berasal dari Ryazan, tenggara Moscow mungkin merupakan satu-satunya pakar bedah tertua di dunia yang masih bertugas.

Alla merupakan pakar bedah dalam bidang Proktologi iaitu bidang yang mengkhususkan permasalahan pada bahagian usus dan dubur manusia.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, Alla memulakan tugasnya pada pukul 8 pagi setiap hari dan menjalankan sekurang-kurangnya empat pembedahan dalam masa seminggu.





Sepanjang enam dekad berada dalam profesion itu, Alla telah melakukan lebih daripada 10,000 pembedahan dan tiada kematian dicatatkan.

Walaupun telah menginjak ke usia emas, namun Alla tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama sepupunya yang lumpuh serta lapan ekor kucing.

Alla mendedikasikan seluruh hidupnya untuk berbakti kepada warganegaranya dan tiada hasrat untuk bersara dari kerjayanya itu.

Di atas dedikasinya itu, Alla menerima anugerah sebagai doktor terbaik di Rusia.

“Ia bukan satu profesion, ia adalah satu cara hidup,” katanya.

Selain itu, Alla juga mendedahkan rahsia umur panjangnya berkata “Saya makan segalanya dan banyak ketawa dan menangis.”


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor