Pages

Friday, February 3, 2017

BANJIR DI PAHANG SEMAKIN PULIH


Banjir


Bera pulih daripada banjir apabila pusat pemindahan terakhir di daerah itu, Sekolah Kebangsaan Charuk Puting yang menempatkan 38 mangsa daripada 10 keluarga dibenarkan pulang petang semalam setelah banjir surut.

Ia menyumbang kepada pengurangan mangsa banjir negeri ini daripada 2,111 orang daripada 584 keluarga petang tadi kepada 1,982 orang daripada 555 keluarga sehingga pukul 8 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Zainal Yusoff berkata sehingga malam ini tiga daerah masih terjejas banjir iaitu Maran, Pekan, dan Kuantan.

"Pekan masih merekodkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 1,498 orang (418 keluarga) diikuti Maran orang 276 (84 keluarga) dan Kuantan 208 orang (53 keluarga).

Sebanyak, 30 Pusat Pemindahan Sementara masih beroperasi iaitu 18 di Pekan, Maran (9) dan Kuantan (3).


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor