Putrajaya - Harga runcit petrol di Malaysia berdasarkan produk yang ditapis, bukan minyak mentah.
Pasukan Komunikasi Strategik BN dalam satu kenyataan berkata, tidak seperti dahulu, kini rakyat Malaysia juga menikmati keuntungan apabila harga petrol ditapis menurun.
Menurut kenyataan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua mendakwa kerajaan tiada asas untuk menaikan harga petrol bulan ini.
"Kami ingin beritahu mereka bahawa rakyat Malaysia tidak masukkan minyak mentah ke dalam kenderaan mereka," kata kenyataan itu.
Kata kenyataan itu, majoriti warga Malaysia menggunakan petrol ditapis dalam bentuk RON95 atau diesel ditapis.
"Sebagai sebahagian daripada transformasi kita untuk keluar daripada subsidi menyeluruh yang tidak efisien di mana yang kaya menikmati keuntungan lebih daripada yang miskin terus kepada bantuan yang disasarkan," katanya.
Malaysia telah menyertai kebanyakan negara untuk mengguna sistem apongan dari Disember 1, 2014 untuk menentukan harga runcit petrol dan diesel.
Katanya, Wan Azizah dan Pua dinasihatkan memahami dengan lebih baik hakikat ekonomi dan pasaran berkaitan harga-harga petrol daripada membuat kenyataan yang tidak berasas dan tidak betul atau lebih buruk, sengaja melakukannya untuk memberi fahaman salah dan menghasut rakyat.
"Setelah memahami sistem apungan, adalah tidak munasabah pemimpin-pemimpin pembangkang menyalahkan Kerajaan apabila harga petrol naik akibat kenaikan harga pasaran dunia, tetapi apabila harga petrol turun, mereka dakwa ia disebabkan harga dunia tanpa memberi kredit kepada kerajaan," kata kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu, warga Malaysia mempunyai sebab untuk merungut atas kenaikan harga petrol ini lebih tinggi daripada apa yang dinikmati di tahun lalu.
Tetapi katanya, harga petrol di Malaysia secara konsisten paling rendah di Tenggara Asia, kecuali Brunei dan antara 15 yang paling murah dalam kalangan 180 negara.
"Ini adalah luar biasa kerana Malaysia bukan pengeluar dan pengeksport minyak yang besar dibandingkan dengan 15 negara teratas dalam senarai harga petrol termurah," kata kenyataan itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor