Muar - "Sebagai pemandu bas, saya tahu pemandu keletihan sebab tidak rehat," kata tunang salah seorang mangsa nahas bas ekspress di KM137.2 Plus arah utara, awal pagi tadi.
Pemandu bas di Singapura, Hary Ramlan,26, merupakan tunangan mangsa yang maut Nur Amira Izzaty,22, dalam kejadian yang turut mengorbankan 13 mangsa lain.
"Saya yang menghantar Amira dan Saidatul (seorang lagi mangsa) ke Larkin, kami menunggu sehingga jam 1.45 pagi baru bas tiba.
"Kurang 10 minit mengambil penumpang, terus bas bergerak semula walhal baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur, kerana penumpang turun dari bas berkenaan dan bergerak semula ke ibu negara," katanya yang ditemui di perkarangan Forensik Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Hary yang berkenalan dengan Amira sejak lima tahun lalu merancang untuk mendirikan rumah tangga bulan Mei tahun hadapan.
"Saya ada melarang beliau untuk pergi, tapi dia nak pergi juga menyebabkan kami berselisih faham sedikit.
"Bila dia dah menaiki bas, saya ada terima mesej beliau meminta maaf dan halalkan makan minum sepanjang berkawan seakan dia nak pergi jauh,"katanya yang mengetahui tunangnya terlibat dalam insiden tersebut selepas mendapat maklumat dari grup Whatsapp selepas mendapat pengesahan nombor pendaftaran bas yang terlibat.
Beliau redha atas pemergian Amira yang merupakan anak sulung dari enam beradik dari Kota Tinggi turut menemani keluarga arwah.
Jenazah Amira akan dikebumikan di Kampung Semanggar, Kota Tinggi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor