Pihak polis hari ini mengesahkan tiada sebarang kejadian tali kereta kabel Sky Way Genting terputus di Genting Highlands yang dilapor mengorbankan ramai orang seperti yang tersebar di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor ketika dihubungi Bernama berkata tiada sebarang kejadian berkenaan berlaku di pusat peranginan terkemuka itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Morni Mamat turut mengesahkan pihaknya tidak menerima laporan seperti yang diviralkan di laman sosial Facebook itu.
"Gambar yang diviralkan itu adalah gambar yang lama dan bukan kejadian baru," katanya.
Sejak beberapa hari lepas, tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengatakan terdapat kereta kabel yang terputus tali dan mengorbankan seramai 17 orang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor