Pages

Saturday, October 1, 2016

MBM DOKONG USAHA DERADIKALISASI


Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin


Kuala Lumpur - Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung PBB telah memberi mesej jelas tentang komitmen Malaysia untuk menjayakan semua agenda dalam membendung aktiviti keganasan baik di peringkat global mahu pun dalam negara.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, mesej yang disampaikan di hadapan pemimpin-pemimpin dunia bukan sahaja itu telah membuktikan kpd dunia bahawa Malaysia bukan sahaja merancang sebaliknya telah mengambil tindakan terutama dlm menangani isu besar global.

Menurut beliau, ucapan Ahmad Zahid membabitkan isu terrorisme, perubahan cuaca, penempatan dan pelarian Syria mendapat sambutan baik dari negara-negara luar.

"Ucapan Datuk Seri (Ahmad Zahid) di PBB menyerlahkan karisma dan komitmen Malaysia dalam menangani beberapa isu global terutamanya isu terrorisme.

"Malahan dunia mengiktirafan pendekatan Malaysia dalam menangani isu berkenaan yang sudah terbukti mampu membendung aktiviti pengganas secara baik," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Jelas Muaamar Ghadafi lagi, sehubungan itu MBM berusaha memastikan setiap program pada masa sekarang dan akan datang bakal menyentuh deradikalisasi supaya segenap lapisan belia negara ini membenci tindakan melampau serta ekstrimis.

"MBM segera menyahut seruan kerajaan untuk menentang keganasan di peringkat global mahu pun dalam negara.

"Pemahaman mengenai deradikalisasi ini boleh dijelaskan kepada belia melalui seminar ataupun forum antarabangsa belia menolak gejala ekstremisme," katanya.

Ujar Muaamar Ghadafi lagi, intipati dari ucapan TPM di PBB seperti inilah yang sepatutnya dibincangkan oleh keseluruhan masyarakat belia di negara ini dan bukannya terpengaruh dengan kisah sensasi yang tidak berfaedah.

"Belia generasi kini sepatutnya mempunyai pemikiran bertaraf global dengan menilai aspek keseluruhan isu yang dibahaskan di peringkat dunia daripada hanya galak mensensasikannya," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor