Pages

Thursday, September 15, 2016

WACANA 'MERDEKAKAH MEDIA KITA?' SELASA DEPAN


Wacana siri 42


Shah Alam - Seiring perubahan zaman, kemajuan teknologi hari ini telah mengubah landskap media di negara kita selepas 59 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Suka mahupun tidak, media Malaysia kini harus lebih berani namun, undang-undang yang ada menghambat setiap sudut media kita.

Apa yang tidak dapat dinafikan, peranan media dalam membentuk pemikiran dan mengetengahkan dasar-dasar kerajaan serta menjadi mata dan telinga rakyat juga pemerintah.

Demi mengupas dilema ini, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah menyediakan pentas khas buat para panel jemputan untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai perkara ini dalam wacana bertajuk ‘Merdekakah Media Kita?’.

Wacana yang bermula jam 2.45 petang itu akan disertai Tokoh Wartawan Negara, Datuk A kadir Jasin; Ketua Pengarang Projek MMO, Fathi Aris Omar; Timbalan Naib Canselor Unisel, Prof Dr Shahruddin Badaruddin dan aktivis media yang juga bekas Pengarah Eksekutif South East Asian Press Alliance, Gayathtry Venkiteswaran.

Wacana kali ini akan dikendalikan personaliti TV, Amin Idris sebagai Amin Idris.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan pentas ilmu ini yang berlangsung di Dewan Pro-Canselor, Kampus Shah Alam, Universiti Selangor (Unisel) pada 20 September ini.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor