Penumpang sebuah feri di George Town, Pulau Pinang gempar, awal pagi tadi apabila tiba-tiba kelihatan air memancut keluar dari geladak utama.
Insiden yang mencetuskan keadaan kelam kabut dan rasa cemas itu sekali gus tersebar menerusi laman sosial.
Berikutan itu, operator pengangkutan awam laut itu, Penang Port Sdn. Bhd. tampil mendedahkan hal yang sebenar.
Menurut responsnya melalui laman Facebook, syarikat itu mendakwa ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP).
“Kru akan memeriksa paras air (di tangki) apabila feri berlabuh di terminal dan jika paras air rendah, kru akan menambah bekalan air.
“Mereka membuka lubang yang mengeluarkan bunyi ketika air diisi, dan apabila air sampai pada parasnya, air akan terkeluar menerusi lubang itu, menunjukkan tangki sudah penuh.
“Lubang itu akan ditutup,” katanya.
Bekalan air itu digunakan untuk bilik enjin, bilik air dan untuk keperluan domestik ketika feri melintasi laut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor