Kuala Lumpur - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memecah masuk pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong, ketika umat Islam menyambut Aidiladha.
Abdul Hamid Noyok, 45, didakwa melakukan pecah masuk pejabat Ahli Parlimen daripada PKR itu dengan mengumpil tingkap pejabat Parlimen Wangsa Maju di No 23-1 Jalan Wangsa Delima, Bandar Baru Wangsa Maju, pada 6.30 pagi, 12 Sept lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Okt untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam dan serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor