Pages

Wednesday, September 28, 2016

PIHAK BERTANGGUNGJAWAB MESTI DIDAKWA


Najib


Malaysia komited untuk membawa pihak yang‎ bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ke muka pengadilan dan hanya itu sahaja caranya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami adalah sebahagian daripada pasukan siasatan bersama antarabangsa dan kami telahpun menyatakan komitmen bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17 akan dibawa ke muka pengadilan. Itu sememangnya merupakan pendirian kami," katanya.

Justeru, Malaysia terlebih dahulu akan menunggu laporan berkaitan insiden itu yang akan dibentang esok oleh Pasukan Siasatan Bersama yang diketuai Belanda dan seterusnya negara-negara terlibat akan membincangkan langkah berikutnya, katanya ketika ditanya tentang laporan itu yang akan dibentang esok oleh Pihak Berkuasa Belanda.

"Terdapat beberapa pilihan yang ada tetapi berdasarkan laporan dan dapatan dalam laporan itu, kami akan membincangkan tindakan berikutnya. Kami tetap komited untuk mencari keadilan atau lebih tepat, membawa mereka ke muka pengadilan," katanya dalam sidang akhbar bersama dengan Canselor Jerman Angela Merkel.

MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor