Kuala Lumpur - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka menerima pesawat keempat Airbus A400M pada awal tahun depan, kata Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Roslan Saad.
Beliau berkata, pesawat itu adalah yang terakhir selepas tiga pesawat sama diterima TUDM masing-masing pada awal dan pertengahan tahun ini serta Mac 2015.
Menurutnya, pesawat berkenaan mempunyai teknologi yang canggih dan dapat memperkasakan benteng sistem pertahanan udara.
"Kita sudah ada tiga pesawat berkenaan dan terdapat 'perisian baharu' yang akan dimasukkan dalam pesawat keempat ini," katanya kepada pemberita selepas Upacara Pemakaian Pangkat 17 Pegawai Kanan TUDM di Wisma Pertahanan di sini semalam.
Pesawat A400M mempunyai jangkauan operasi yang lebih jauh serta berkeupayaan untuk mengangkut kapasiti kargo yang lebih besar berbanding pesawat yang dimiliki TUDM ketika ini.
Selain untuk tujuan pertahanan, pesawat itu juga berupaya melaksanakan misi yang merangkumi penugasan berkaitan pemindahan perubatan, pengisian bahan bakar di udara, penghantaran udara (penerjun dan lojistik) serta operasi bantuan bencana dan kemanusiaan.
Roslan juga berkata pangkalan udara baharu TUDM di Sendayan, Seremban, dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun depan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor