GCH Retail Malaysia Sdn Bhd melalui pasar raya besar Giant menjalankan khidmat sosial di Pusat Jagaan Warga Emas Mitchell di Petaling Jaya bagi menggembirakan 16 penghuni di sana, baru-baru ini.
Pengurus projek, Shahiela Muna Azmi berkata, 20 kakitangan Giant Kelana Jaya melawat pusat jagaan tersebut bagi meluangkan masa dengan warga emas.
“Kami menghabiskan masa bersama mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti termasuk dekorasi bilik tidur dengan bentuk dan warna kesukaan mereka bagi mewujudkan persekitaran ceria.
"Bukan sahaja itu, kakitangan Giant turut melakukan terapi yang membantu memberikan keceriaan serta keseimbangan hidup pada golongan warga emas ini," katanya.
Menurut Shahiela, Giant turut menyumbang beberapa keperluan harian dan makanan termasuk beras, air mineral, lampin pakai buang dewasa, tuala untuk kegunaan harian penghuni.
"Malah Giant juga menyumbang beberapa kipas angin untuk keselesaan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Perhubungan Korporat GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Roseta Mohd Jaafar berkata, pihaknya memperuntukkan dana sehingga RM1 juta untuk program kebajikan tahun ini.
“Sebagai penganjur, kami peduli tentang komuniti seterusnya memberi semula penghargaan kepada komuniti melalui aktiviti seperti ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor