Pages

Friday, September 23, 2016

FREEMASON, ZIONIS CUBA AMBIL ALIH KUASA BESAR DUNIA


Abdul Hadi Awang


Shah Alam – Permainan politik kumpulan Yahudi Freemason dan Zionis kini sedang berhempas pulas berjuang di kalangan mereka yang berpusat di negara haram Israel bagi mengambil alih peranan kuasa besar dunia.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, selain itu, kumpulan ini juga sedang giat untuk memusnahkan ekonomi yang menjadi punca krisis global, moral serta pemikiran melalui media tanpa sempadan.

“Sedarlah betapa umat Islam kini menjadi sasaran malah teori takfir dan melagakan mazhab, khususnya Sunni dan Syiah sedang dinyalakan.

"Banyak dalil menunjukkan betapa kekacauan yang berlaku di rantau Asia Barat kini adalah merupakan pembaharuan "road map" dilakar dengan darah yang sengaja ditumpahkan demi melaksanakan perancangan baru,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Abdul Hadi juga merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia memaklumkan bahawa kumpulan Zionis telah berjaya menggabungkan Yahudi dan Kristian bagi mempengaruhi politik antarabangsa mereka khususnya negara Barat termasuk negara Arab serta Islam yang bernaung di bawahnya.

Beliau berkata, ia bertujuan bagi menjamin keamanan dan keselamatan Israel dengan apa sahaja pengorbanan serta sumbangan termasuk dengan mendiamkan diri terhadap langkah-langkah haram mengikut undang-undang antarabangsa dan menyekat segala keputusan mengutuknya.

“Negara haram Israel dikuatkan kedudukannya, bukan sahaja dengan segala senjata, bahkan diperkuatkan dengan kemasukan bangsa Yahudi Zionis yang dikerah daripada seluruh pelosok dunia.

“Mereka juga turut menguasai sepenuhnya sumber tenaga seperti petrol dan gas serta menjaga laluannya ke negara Barat,” katanya.

Selain daripada itu, Hadi memaklumkan bahawa tindakan Zionis tersebut adalah bagi menjaga keselamatan laluan perdagangan antarabangsa dengan mewujudkan pangkalan tentera laut, udara dan darat.

Beliau berkata, pihak Yahudi juga ingin menjaga kedudukan mereka dengan benteng pertahanan bagi menyekat segala campur tangan kuasa besar lain yang dikira menjadi saingan atau ancaman kepada kepentingan mereka semata-mata.

“Mereka berusaha supaya memanjangkan krisis dengan lakonan bagi mencari penyelesaian berlesenkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan cara-cara yang tidak menunjukkan penyelesaiannya.

“Di samping itu, mereka sengaja melemahkan negara-negara serantau supaya sentiasa bergantung kemajuannya dengan mereka, dengan mengekalkan para pemimpin negara yang dimewahkan dengan rasuah dan kuasa,”katanya.

Selain itu, beliau berkata, negara serantau dan kerajaannya khususnya di Asia Barat pula terus mengapi-apikan rakyat masing-masing dengan semangat fanatik mazhab dan kaum.

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa semua musuh Islam akan menyekat segala perancangan memajukan negara yang menjadi sasaran Zionis agar dapat bergantung kepada segala keperluannya.

“Segala pencapaian kemajuan sains serta teknologi daripada pertanian keperluan asasi untuk kehidupan diri sehinggalah persejataan untuk mempertahankan diri oleh mana-mana negara Islam tidak diiktiraf mengikut piawaian antarabangsa yang dimonopoli oleh kalangan mereka sahaja,”katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor