Pages

Friday, September 23, 2016

DAP, PKR TIADA KESEPAKATAN, DAKWA SALLEH


Salleh Said Keruak


Kuala Lumpur - DAP dan sekutunya PKR tidak kesepakatan dalam memutuskan sama ada untuk mengadakan pilihan raya mengejut lebih awal atau sebaliknya di Selangor, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bertanding sekiranya kerajaan negeri Selangor mahu mengadakan pilihan raya negeri lebih awal.

"Tetapi apa yang penting mereka (DAP dan PKR), tiada persetujuan sebulat suara dalam isu ini (pilihan raya negeri awal)," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan KL Converge! 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini semalam.

Salleh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini bahawa kerajaan negeri tidak akan mengadakan pilihan raya lebih awal meskipun menerima desakan daripada DAP.

Mengenai Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa akan memanfaatkan BN, beliau berkata beberapa parti komponen BN juga setakat ini tidak bersetuju mengenai kajian itu.

"Suruhanjaya Pilihan Raya adalah sebuah badan yang bebas... biarlah mereka melakukan kerja mereka (kajian semula persempadanan). Tempoh sebulan (sehingga 14 Oktober) diberi untuk mengemukakan bantahan sekiranya tidak berpuas hati dengan kajian berkenaan.

"Pastinya proses mendengar aduan (bantahan) akan dijalankan secara telus dan‎ pasti semuanya akan dipertimbangkan, kita tunggu dan akan lihat apakah keputusan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor