New York - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun, menulis surat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menawarkan diri supaya menempatkan mana-mana pelarian Syria dalam keluarganya.
Memetik laporan BBC News,Alex, dari New York telah menulis surat itu selepas tersentuh hati melihat gambar anak pelarian Syria, Omran Daqneesh lima tahun dalam keadaan menyayat hati telah menyentuh perasaanya.
"Surat itu adalah daripada seorang kanak-kanak,tulisannya begitu ikhlas yang mahu menolong orang susah tanpa prejudis walau dari mana mereka berasal," kata Obama.
Dalam video yang dikongsi seramai lebih 40,000 kali dalam Facebook,Obama turut memetik kenyataan Alex itu di White house.
"Kita perlu mengambil contoh sepertimana Alex lakukan," kata Obama.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor