Pittsburgh - Seorang penyelidik disahkan menghidap virus Zika selepas tidak sengaja menyuntik diri sendiri pada 23 Mei lepas.
Laporan CNN mengatakan penyelidik University of Pittsburgh tersebut mendapat simptom Zika seperti demam 6 hari selepas kejadian.
"Penyelidik tersebut mematuhi semua arahan Jabatan Kesihatan dengan memakai baju lengan panjang dan menggunakan racun serangga selama tiga minggu bermula tarikh kejadian," kata kenyataan dari University of Pittsburgh.
Jabatan Kesihatan Allegheny kini mengesahkan penyelidik tersebut bebas dari simptom Zika dan menganggap kes tersebut sebagai unik.
"Kami mahu mengingatkan orang awam bahawa walaupun kejadian ini berlaku, tiada sebarang ancaman Zika lain di kawasan ini," kata Pengarah Jabatan Kesihatan Allegheny, Dr Karen Hacker.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor