Kentucky - Lebih 14,000 peminat pelbagai agama hadir ke majlis pengebumian lagenda tinju, Muhammad Ali di Lousville, pada Khamis.
Berjuta-juta peminat pula menyaksikan di luar majlis dan menonton di rumah.
Laporan Skynews mengatakan Ali sendiri menyuruh majlis pengebumiannya 'terbuka kepada semua kaum, agama dan bangsa'.
Penganut agama Kristian dan Yahudi juga disaksikan menghadiri majlis tersebut.
Ramai peminat Muhammad Ali mengembara beribu-ribu kilometer semata-mata menghadiri majlis tersebut.
Mustafa Abdush-Shakur yang menggunakan tongkat mengharungi perjalanan 1,287 kilometer manakala seorang warga Bangladesh, Mohamad Ali menunda pembedahan jantungnya semata-mata mahu menyertai majlis.
Selain itu, pengebumian Ali juga dihadiri oleh beberapa ikon berprofil tinggi seperti aktivis awam Jesse Jackson, bekas peninju Sugar Ray Leonard dan ketua NGO Nation of Islam, Louis Farrakhan.
Muhammad Ali dianggap antara orang Islam yang berjaya 'menyatukan pelbagai agama dan kaum' dan 'membuatkan seluruh dunia selesa dengan agama Islam'.
"Beliau adalah seorang bintang. Beliau ada keupayaan untuk membuat perkara mustahil yang orang biasa tidak mampu lakukan," kata Mustafa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor