6.5.16. Pulau Tioman
akan dihubungkan dengan penerbangan udara mulai 20 Mei ini dari Kuantan.
Exco Pelancongan Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin
berkata penerbangan itu adalah yang pertama dari kuantan ke Pulau Tioman setelah sekian lama
penerbangan tidak diadakan.
“Peninsula Air Tour
akan memulakan penerbangan bawa penumpang ke Pulau Tioman. Ia hanya penerbangan percubaan.
Seterusnya syarikat penerbangan itu akan mencuba penerbangan dari
Kuala Lumpur atau Singapura dan mungkin ke seluruh negeri Pahang.”
“Pahang juga mempunyai lapangan terbang di Taman Negara dan Rompin.”
Menurut Dato’ Sri
Sharkar lagi kerajaan Pahang sedang memohon dari kerajaan pusat bagi
memanjangkan lapangan terbang di Pulau Tioman
sepanjang 300 meter lagi bagi membolehkan pesawat ATR yang boleh membawa
80 penumpang mendarat di situ.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor