Pages

Tuesday, May 10, 2016

RASUAH 1994: JANGAN KHIANAT PENGAMPUNAN INI


Rasuah 1994: Jangan khianati pengampunan ini


Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menerima rayuan rayuan 84 bekas pemain yg pernah digantung kerana skandal rasuah 1994 disambut baik Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kedah (KEFA).

Presidennya, Mohd Faridzul Kassim percaya pembebasan bekas pemain yang tidak bernasib baik terus aktif di peringakat negeri dan negara menjadi talian hayat kedua bekas-bekas pemain ini untuk menyumbang bakti.

Menurutnya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada FAM kerana menaruh kepercayaan biarpun sedar ada segelintir pihak yang bakal mempertikaikan keputusan itu.

"Kepada bekas-bekas pemain yang terlibat saya berharap ia menjadi pengajaran berguna bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada yang lain.

Peluang untuk kembali berbakti pada negara sudah dibuka kembali dan janganlah khianati kepercayaan ini. Saya juga berharap agar semua penyokong dan pemerhati bola sepak untuk melihat perkara ini dari sudut positif demi pembangunan dan masa depan bolasepak tanah air," katanya kepada Sinar Harian.

KEFA sebelum ini menjadi antara pihak yang membela nasib bekas-bekas pemain ini dengan menjelajah ke beberapa negeri mengumpul tandatangan mendesak FAM memberi pengampunan kepada bekas pemain yang dihukum akibat rasuah.

Pada tahun 1994 negara digemparkan dengan skandal rasuah apabila lebih 100 pemain serta jurulatih disyaki mengatur keputusan perlawanan Piala Malaysia dan Liga Perdana ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat.

Akhirnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengjatuhkan hukuman dibuang daerah kepada 26 pemain di bawah Akta Kediaman Terhad manakala 57 pemain serta seorang penolong jurulatih digantung penyertaan antara setahun hingga lima tahun di bawah Lembaga Disiplin FAM.

Antara nama-nama besar yang terpalit dengan skandal ini adalah Matlan Marjan , Azizol Abu Haniffah, Faridzuan Che Hamid, Karim Pin, P Ravindran dan lain-lain lagi


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor