
Polis melaksanakan pemantauan dan rondaan berkala di sepanjang Sungai Pahang terutamanya di lokasi tumpuan aktiviti pencarian etak, berkelah dan mandi-manda bagi mengawasi serta menasihati orang ramai mengenai keselamatan mereka.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Rosdi Daud berkata, pemantauan dilakukan selama empat jam setiap hari bermula 4 petang hingga 8 malam.
Menurutnya, aktiviti pencarian etak dan riadah dilakukan orang ramai sejak tiga minggu lalu terutamanya di Kampung Durian Tawar, Kampung Jelam dan Kampung Mengkarak.
“Saya mahu ingatkan orang ramai supaya peka dan berwaspada...utamakan keselamatan diri, keluarga dan harta benda masing-masing.
Menurut Mohd Rosdi, pengunjung juga diingatkan agar meletak kenderaan dengan teratur dan tidak mengganggu atau menghalang lalu lintas serta memastikan kenderaan berkunci.
“Jangan bawa kanak-kanak ke kawasan sungai sebab ramai yang tak tahu keadaan sungai ini, kami khuatir kalau apa-apa jadi nanti,” katanya ketika meninjau aktiviti lokasi tumpuan pencarian etak di Kampung Durian Tawar, kelmarin.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Durian Tawar, Amran Silong berkata, bagi mereka yang memahami keadaan sungai ini, mereka sudah tahu mana-mana kawasan yang sesuai untuk mandi-manda atau mencari etak.
“Bagaimanapun, penduduk yang mahir dengan sungai ini sudah buat tanda untuk ingatkan orang ramai agar tak melepasi kawasan itu yang dipercayai dalam dan terdapat pasir jerlus.
“Saya harap pihak berkaitan dapat pasang papan tanda peringatan atau memacak tanda aras terutamanya di kawasan yang tidak sesuai dijejaki pengunjung," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor