Pages

Saturday, April 2, 2016

[RAUB] BAYI DERITA SAKIT PERLU BANTUAN


Bayi derita sakit perlu bantuan


Pilu dan luluh hati seorang ibu apabila doktor mengesahkan bayinya yang dilahirkan 17 Mac lalu, menghidap jantung berlubang, saluran injap ke jantung sempit dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Suhaila Hassan, 33, berkata, anaknya, Muhammad Syafi Ammar Shamsul, yang berusia dua minggu lahir di Hospital Kuala Lipis dengan berat 3.34 kilogram, disahkan menghidap jantung berlubang pada hari keempat selepas dilahirkan.

Pada awalnya, Suhaila menyangka bayinya hanya menghadapi masalah jangkitan kuman pada paru-paru dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Kuala Lipis.

“Namun pada hari keempat, doktor pakar dari Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, datang dan pantau keadaan Ammar kemudian maklumkan bayi nya menghadapi masalah jantung.

“Ammar kemudian dirujuk ke Hoshas dan hasil imbasan yang dibuat pada tubuhnya, dia ada masalah jantung berlubang dan saluran injap ke jantung sempit ,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Suhaila yang mempunyai dua lagi anak lelaki masing-masing berusia tujuh dan 13 tahun turut mengharapkan bantuan orang ramai bagi membiayai kos perubatan anak bongsunya itu.

Dia yang tidak bekerja hanya bergantung hidup sepenuhnya kepada suami, Shamsul Abdullah, 38, bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM700 sebulan.

“Walaupun pihak hospital belum beri tarikh untuk bedah Ammar, saya runsing bila fikirkan kosnya yang tinggi. Sekarang ni pun saya kerap ulang alik dari Felda Sungai Koyan ke Hoshas untuk jenguk Ammar.

“Selain itu, Ammar juga perlu buat rawatan susulan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur dan saya memang perlukan banyak belanja,” katanya.

Menurutnya, pada awalnya dia sendiri tidak sanggup melihat keadaan bayinya yang terpaksa tanggung derita sebegitu.

Suhaila menaruh harapan tinggi untuk melihat anaknya itu ceria seperti bayi lain.

“Lama kelamaan, saya akur ini ujian buat kami sekeluarga. Ia menjadikan diri saya lebih kuat untuk memastikan Ammar dapat membesar dengan sempurna,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Shamsul di talian 0111-7854737 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0620041000091606 atas nama Shamsul Abdullah.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor