Pages

Saturday, April 2, 2016

KPDNKK TIDAK TERIMA ADUAN KENAIKAN HARGA MINYAK


KPDNKK tidak terima aduan kenaikan harga minyak


Gua Musang - Kenaikan harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi April tahun ini tidak terlalu membebankan pengguna.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun berkata, kebanyakan pengguna akur dengan pasaran yang ada naik dan turun.

“Dalam operasi kenaikan harga minyak ini, kita tidak mendengar sebarang aduan. Kebanyakan pengguna tiada masalah dengan kenaikan ini,” katanya ketika sidang media selepas meninjau stesen minyak Petronas Kesedar dan Petron di Hentian Gua Musang.

Menurutnya, bagi operasi kenaikan harga petrol dan diesel, KPDNKK meninjau sebanyak 13 stesen minyak di sepanjang jalan besar yang beroperasi 24 jam.

“Hasil tinjauan dibuat, semua stesen itu mempunyai stok yang cukup untuk pengguna dan beroperasi seperti biasa,” katanya.

Selain itu katanya, menerusi operasi Kos Sara Hidup, KPDNKK turut membuat tinjauan di pasar pagi untuk pemeriksaan tumpuan ke atas peningkatan harga ayam.

“Kita dapat aduan yang ayam di sini dijual dengan harga RM7.50 hingga RM8 satu kilogram, walhal di sekitar Kota Bharu hanya RM6.50 hingga RM7.

“Sekiranya benar seperti diadukan, kita tidak teragak-agak untuk mengeluarkan notis kepada mereka kerana kita prihatin dengan aduan yang diterima,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor