Pages

Tuesday, February 16, 2016

[KUANTAN] KANSER BERANSUR PULIH


Kanser beransur pulih


Setelah hampir berputus asa mencari rawatan bagi mengubati kanser lidah dihidapi sejak tiga bulan lalu, R Rita, 37, berasakan keajaiban berlaku kepada dirinya apabila dia kini beransur pulih.

Dia yang pada awalnya menyangka kesakitan pada mulut dialaminya sejak sembilan bulan lalu adalah disebabkan oleh ulser di lidah, terkejut apabila disahkan mengidap kanser mulut tahap empat.

“Dari sehari ke sehari saya bertambah lemah hingga berat badan turun mendadak. Saya terpaksa dipapah untuk bergerak.

“Merata tempat saya berubat dan ada doktor saran saya buat pembedahan membuang lidah kerana penyakit ini tidak dapat diubati.

“Bagaimanapun, saya dibawa oleh ahli keluarga untuk jalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan jumpa seorang doktor pakar,” katanya.

Menurutnya, pertemuannya dengan Doktor Pakar Klinikal Bedah Mulut HTAA, Doktor Sureinthiran yang dirujuk oleh Doktor Pakar Bedah ENT HTAA, Datuk Dr Sathananthar memberikannya harapan untuk sembuh.

“Dalam banyak-banyak dotor yang saya temui, hanya Doktor Sureinthiran yang memberikan semangat positif kepada saya untuk sembuh.

“Di saat orang lain lihat saya seperti tiada harapan untuk hidup, dia beri semangat dan merujuk saya kepada doktor pakar di sebuah hospital di Kuala Lumpur,” katanya.

Rita berkata, walaupun terpaksa menjaga pemakanan dan hanya boleh makan makanan lembut seperti bubur, seleranya semakin bertambah, malah dia kini mempunyai tenaga untuk bergerak tanpa bantuan.

Bekas operator kilang coklat di Bahau, Negeri Sembilan, itu mahu kembali bertugas dan menjalani kehidupan seperti dahulu.

“Terima kasih kepada Doktor Sureinthiran yang merawat dan percaya saya boleh sembuh. Tiada apa saya mahu minta lagi selain diberikan kesihatan yang baik," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor