16.02.16. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menzahirkan usaha memantapkan strategi memerangi rasuah dan meningkatkan integreti tadbir urus dengan menandatangani Kenyataan Komitmen Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Majlis menandatangani Kenyataan Komitmen berlangsung di Akademi Maritim Sultan Ahad Shah, Kuantan, sempena Hari Ulang Tahun APMM yang ke 11.
Langkah bersejarah itu menjadikan APMM sebagai agensi penguatkuasa pertama di bawah Jabatan Perdana Menteri dan agensi jabatan yang ke-29 menandatangani Kenyataan Komitmen bagi menjayakan usaha pencegahan rasuah.
Majlis menandatangani disempurnakan oleh Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Dato' Ahmad Puzi Ab Kahar dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Dato' Sri Mustafar Ali dengan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim.
Kenyataan Komitmen itu akan berkuasa selama 5 tahun. Antara asas terma rujukannya adalah memastikan penyaluran maklumat berkaitan sebarang tawaran rasuah yang dibuat kepada warga SPMM dilaporkan kepada SPRM dan menempatkan pegawai antara kedua-dua pihak bagi tujuan khidmat kepakaran, perkongsian ilmu dan juga kemahiran berdasarkan keperluan kedua-dua pihak.
SPRM berpandangan bahawa usaha pencegahan rasuah hanya akan berjaya jika ada sokongan dan kerjasama yang bersepadu setiap agensi dan pihak di negara ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor