Thailand – Seorang pelancong wanita China berusia 29 tahun cedera di muka terutama hidung akibat dipatuk ular sawa ketika dia mahu cium ular berkenaan di satu pertunjukan ular di Chalong, utara pulau Phuket.
Kejadian berlaku pada 9 Januari lalu, di pusat pertunjukan itu yang terletak bersebelahan Zoo Phuket, berjaya dirakam dan mangsa dikenali sebagai Jin Jing dikejarkan ke Hospital Antarabangsa Phuket untuk rawatan.
Ular berkenaan yang dilatih untuk pertunjukan tidak mempunyai bisa dan wanita itu dibenarkan keluar selepas kecederaan pada hidungnya dijahit. Dia kini sudah pulang ke China.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor