Kuala Pilah - Seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui mati dibalut dalam kain sarung dan ditanam di kawasan semak di kampung Geduhom Dangi petang hari ini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Zaldino Zaludin berkata, bayi itu ditemui setelah ditunjukkan oleh suspek yang juga dipercayai bapa kepada bayi berkenaan.
Katanya, siasatan awal polis, mendapati, bayi itu telah meninggal dunia semasa dilahirkan pada 10 Januari lalu di sebuah rumah di Nilai.
“Seorang remaja perempuan berusia 25 tahun telah melahirkan bayi itu tanpa diketahui sesiapa dan cuba menyembunyikan kelahirannya.
“Bagaimanpun, rahsianya terbongkar dan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Pilah telah melakukan serbuan di sebuah rumah di kampung Geduhom Dangi.
“Polis berjaya menahan dua lelaki dan seorang perempuan dipercayai sepasang kekasih," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor