Pages

Sunday, January 24, 2016

TENGKORAK MANUSIA DI KEDAI SPIRITUAL DIRAMPAS


Tengkorak manusia di kedai spiritual dirampas


California - Pihak berkuasa menjumpai satu tengkorak manusia dan lapan bekas dipercayai turut mengandungi tengkorak di sebuah kedai yang menjual barangan spiritual di Los Angeles, lapor AP.

Polis Los Angeles, Kapten Steve Katz berkata, pihaknya telah menyerbu sebuah kedai yang terletak di kawasan perniagaan Compton pada Jumaat selepas menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa kedai terbabit mendera binatang.

Apabila penyiasat tiba, Katz berkata, mereka menjumpai tengkorak dalam sebuah periuk dan kemudian merampasnya bersama lapan periuk lain yang turut mengandungi tengkorak.

" Tiada bukti pembunuhan dan tengkorak berkenaan mungkin telah dibeli daripada sumber yang sah dan telah digunakan untuk upacara keagamaan.

"Ia masih tidak jelas sama ada mangsa haiwan yang lain ditemui," katanya

Papan tanda diluar kedai terbabit tertulis 'Omi Relekun' yang bermaksud kedai dan sekolah spiritual dalam bahasa Sepanyol.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor