Pages

Sunday, January 24, 2016

AMARAN ANGIN KENCANG, LAUR BERGELORA HINGGA RABU


Jabatan Meteorologi Malaysia


Kuala Lumpur - Angin kencang dan laut bergelora di negeri-negeri pantai timur, Sarawak dan Sabah diramalkan berterusan sehingga Rabu.

Kawasan yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak, Labuan dan Kudat dan pantai barat dan pedalaman Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya angin kencang timur laut dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter diramal berlaku di kawasan berkenaan.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," menurut kenyataan itu.

Keadaan sama turut dijangka berlaku di perairan Phuket, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Layang-Layang, Reef South, Kuching, Palawan dand Labuan.

Air pasang turut dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor sehingga Rabu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor