Pages

Sunday, January 24, 2016

PENEMUAN BANGKAI MH370 HANYA SPEKULASI


Penemuan bangkai MH370 hanya spekulasi


Langkawi - Kerajaan menyifatkan penemuan logam besar di sebuah pantai dekat selatan Thailand yang didakwa sebagai serpihan pesawat MH370 hanyalah spekulasi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat daripada pihak Jabatan Penerbangan Awan (DCA).

"Buat masa ini ia hanya spekulasi semata-mata.

"Saya minta orang ramai jangan sebarkan berita tidak benar," katanya selepas menyambut ketibaan penumpang sulung AirAsia dari Guangzhou ke Langkawi kira-kira jam 10.35 pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Langkawi, hari ini.

Menurutnya, lokasi pencarian bangkai pesawat MH370 masih tertumpu dilokasi lama.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor