Pages

Sunday, January 24, 2016

'MUKHRIZ PUN MASIH TERSENYUM,' UJAR NAJIB


'Mukhriz pun masih tersenyum,' ujar Najib


Langkawi - "(Datuk Seri) Mukhriz (Tun Mahathir) pun masih senyum melihat pertumbuhan sektor pelancongan yang semakin menggalakkan di Kedah, terutama Langkawi," demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pertumbuhan yang memberansangkan, terutama dari segi pertambahan pelancong ke Langkawi menggembirakan banyak pihak.

"Perkembangan yang berlaku di Langkawi menyebabkan ramai yang gembira termasuk penduduk tempatan.

"Saya tengok ramai yang gembira. Saya nampak Rawi (Adun Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid), Nawawi (Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad) gembira kerana makin banyak pelancong tiba dari pelbagai destinasi dengan penerbangan.

"Saya tengok Mukhriz pun gembira kerana Langkawi sudah melangkah ke tahap lebih tinggi dalam industri pelancongan," katanya ketika nerasmikan penerbangan sulung Air Asia dari Ghuangzhou ke Langkawi di sini, hari ini.

Mukhriz kelihatan tersenyum ketika mendengar seloroh itu.

Najib berkata penerbangan terus ke Langkawi akan memantapkan lagi kedudukan Langkawi dri segi menjadi pilihan utama sebagai destinasi pelancongan terutama dari China yang mempunyai pasaran begitu besar‎.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor