Pages

Friday, January 22, 2016

[KUANTAN] PAIP NAFI DAKWAAN FUZIAH


Paip nafi dakwaan Fuziah


Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) menafikan penutupan Loji Rawatan Air Bukit Goh dan Loji Rawatan Air Pasir Kemudi berpunca daripada pencemaran.

Pegawai Perhubungan Awam Paip, Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang dikongsi bersama Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit di Facebook itu tidak benar sama sekali.

Menurutnya, kedua-dua loji itu kini sedang berfungsi seperti biasa dan tidak seperti yang disebarkan.

Kelmarin, Fuziah melalui Facebooknya memberitahu, beliau dimaklumkan loji air Bukit Goh (LRA) melalui Sungai Riau dan loji air Pasir Kemudi ditutup akibat pencemaran.

Beliau mendakwa menerima maklumat itu dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan dan kini sedang menunggu pengesahan dari Kementerian Kesihatan.

Farhana berkata, pihaknya kesal dengan viral berkenaan kerana boleh mengelirukan semua pihak terutama dalam keadaan kes berkaitan bauksit.

“Pihak Paip menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu dan mahu penyebaran viral itu dihentikan. Jika orang ramai mahu dapatkan maklumat, sila hubungi Paip,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor